Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Meneruskan detik seterusnya, hidup dalam bulan Syawal 1429H berbekalkan Iman di dada. Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang tidak terhitung. Saya tidak berhajat menulis panjang untuk entri kali ini. Sekadar pemberitahuan perkembangan terbaru saya.
Esok merupakan hari terakhir saya di bumi Menara Ilmu yang telah banyak mendidik saya menjadi 'manusia' sejak 1 Jun 2003 yang lalu. Detik mendaftarkan diri sebagai pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik itu masih segar dalam ingatan saya. Sejak tarikh itu juga saya banyak belajar banyak perkara, selain ilmu kejuruteraan. Lebih-lebih lagi di bumi USM ini saya mengenali ramai manusia lain yang punya banyak karenah. Saya hanya ingin simpan memori yang manis dan baik-baik sahaja, tetapi tidak dapat tidak, memori yang pahit juga perlu saya ingati untuk menjadi pengalaman yang mengingatkan saya selepas ini.
Terima kasih buat semua yang pernah hadir dalam hidup saya sepanjang saya di sini. Anda banyak mengajar saya, secara langsung atau tidak. Biarpun hanya dengan kalam bisu anda, biarpun kita tidak pernah berbicara bertemu 4 mata, sekalipun kita tidak pun pernah mengukir senyum ketika selisih di kaki lima, anda tetap mendidik saya tentang hidup. Lebih-lebih lagi terima kasih buat anda yang menegur akan kesilapan dan ketelanjuran saya, apatah lagi buat anda yang sentiasa buat saya gembira, juga buat anda yang hadir sama berkongsi tangis saya, tidak lupa juga buat mereka yang selalu buat saya tersenyum. Semoga hubungan yang terbina tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.=)
Kata-kata yang cuba memujuk hati saya juga, "ukhwah itu indah kerana Allah. Jika bertemu tidak jemu dan jika berpisah tidak gelisah". Kalau anda masih bisa melihat saya tersenyum, bukan bermakna saya tidak sedih dengan perpisahan ini wahai teman. Fahamilah, saya juga terpaksa membuat keputusan sukar ini. Tolong doakan saya! Jangan pernah lupa bahawa saya akan sentiasa mengingati kalian. =)
Cukup sekadar itu dahulu. Saya tidak pasti bila entri seterusnya. Semoga Allah bantu selalu.
Saya akan sentiasa rindukan kalian!! (to whom it may concern)
Wallahualam.